Misteri kehilangan kereta Aston Martin James Bond 20 tahun lalu

Misteri kehilangan kereta James Bond sejak 20 tahun dahulu kini terjawab dengan penemuan semula kereta sport Aston Martin!
Selepas lebih daripada 20 tahun misteri kehilangan sebuah kereta sport, Aston Martin DB5 yang dilaporkan pernah dicuri pada tahun 1997 kini terjawab apabila kereta antik tersebut ditemui semula. Kereta tersebut kali terakhir dilihat di sebuah hangar lapangan terbang di Florida sebelum hilang.
Kereta yang pernah dipandu oleh pelakon terkenal, Sean Connery dalam siri filem James Bond, Goldfinger dilaporkan telah berjaya ditemukan semula di Asia Barat minggu lalu ekoran maklumat yang diberikan oleh sebuah pasukan penyiasat.
Menurut laporan akhbar tempatan, Ketua Eksekutif Art Recovery International (ARI), Christopher Marinello berkata, kenderaan antik yang dilengkapi dengan mesingan dan pisau penebuk tayar itu kini dianggarkan bernilai 10 juta pound atau kira-kita sekitar RM53 juta.
Bagaimanapun, pasukan penyiasat ARI yang diupah oleh sebuah syarikat insurans enggan mendedahkan lokasi dimana kereta tersebut ditemukan.
“Oleh kerana terdapat banyak kereta model Aston Martin, mereka perlu mendapatkan nombor casis kereta tersebut, dp/216/1. Inilah yang kami cari kerana ia sangat spesifik untuk kereta tersebut,” kata Marinello.
Kereta tersebut pernah muncul sebagai “kereta paling terkenal di dunia” selepas filem Goldfinger ditayangkan pada September 1964. Kereta tersebut telah direka oleh pembuat kereta Itali, Carrozzeria Touring Superleggera dan diberi nama sempena Sir David Brown, pemilik syarikat pengeluar kereta mewah dari 1947 hingga 1972.
Terdahulu, pemilik membeli kereta itu pada 1986 pada harga 250,000 pound bersamaan nilai semasa 188,000 pound (RM997,136) dan menyimpannya di hangar lapangan terbang miliknya di Boca Raton, Florida.
Misteri kehilangan kereta Aston Martin itu DB5 tersebut tercetus apabila dicuri pada 1997 iaitu 33 tahun selepas filem Goldfinger ditayangkan.
Sumber: The Telegraph / Era Baru
No comments for "Misteri kehilangan kereta Aston Martin James Bond 20 tahun lalu"
Post a Comment